Skip to main content

Kanser dan Kehidupan


Scroll facebook, ada orang tanya kenapa ramai pesakit mengidap kanser? 

Apa petua untuk elak kanser?
_

1. Okey, masa aku undergrade, aku buat research pasal antioksidan dan keupaayan untuk elak kanser, dan apa itu kanser?

_
2. Kanser ialah 'abnormal growth of cell'! Sel yang normal akan membesar, membahagi dan 'differentiate' menjadi tissue, dan mati! Ini kitaran normal. Tapi bagi sel kanser, ia membesar dan membahagi dan terus membahagi. Ia tidak differentiate! Dan tidak mati!

_
3. Apabila the abnormal cell itu merebak ke tissue yang lain, itulah dikenali sebagai 'Kanser' atau tumor malignant!

_
4. Kalau abnormal cell tu tak merebak, dan tak merbahaya, ia dikenali sebagai tumor benign!

_
5. Okey, kenapa boleh jadi 'the abnormal growth of cell'?

_
6. Semasa cell division (mitosis), DNA akan disalin betul-betul. Sekiranya terdapat kesilapan dalam salinan DNA dan kromosom, kitaran sel akan terhenti dan sel akan dinyahmatikan melalui Apoptosis!

_
7. Apoptosis ialah programmed cell death, memang cell yang ada masalah akan mati dengan sendirinya dan sisa sisa cell tersebut akan 'dimakan' oleh marchophage (sel darah putih). Ini kitaran NORMAL!
_

8. Yang ABNORMALnya ialah, apabila terdapat kesalahan dalam salinan DNA dan kromosom semasa mitosis, kitaran sel TIDAK terhenti dan menghasilkan cell yang tidak normal. Sel yang tidak normal ini akan terus membesar, membahagi tanpa henti-henti. Inilah 'the abnormal growth of cell' yang boleh menyebakan kanser!

_
9. Faktor2 yang menyebabkan kanser, ialah genetik, persekitaran dan pemakanan.

_
10. Dari segi genetik, kalau mak ayah ada history kanser, kemungkinan besar anak-anak akan mengidap kanser! Sebab tu, kalau nak apply medical card, dia akan tanya,
"Adakah anda mempunyai penyakit keturunan?"

_
11. Persekitaran juga menyumbang kepada kanser, contohnya apabila terdedah dengan bahan carcigonic (penyebab kanser) dan virus infection.

_
12. Bahan carcigonic sangat banyak dan terdapat di sekeliling kita. Contohnya ialah asap rokok! Caruman takaful untuk smokers juga tinggi sikit berbanding non-smokers! Kerana RISIKO!

_
13. Dalam pemakanan pula, kurangkan memakan makanan yang tinggi bahan pengawet, panambah perasa seperti MSG, dan bahan pewarna. Habis tu nak makan apa?

_
14. Banyakkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan sebab ada antioksidan dan antikanser. Antioksidan dan antikanser inilah yang boleh menghalang radikal bebas daripada merosakkan membrane sel.

_
15. Amalkan gaya hidup yang sihat. Senyum selalu. Jangan hidup dalam tekanan dan kerisauan! Banyakkan rileks!

_
16. Memangla sayur mengandungi antioksidan, tapi janganlah cakap yang "Tak pe aku merokok, nanti aku makan banyak sayur, dia neutral balik la" XD

_
17. Mencegah itu lebih baik dari mengubati, tapi kalau dah sakit, memang kena berubat lah.

_
18. Rawatan untuk kanser yang selalu kita dengar ialah radiotherapy, dan chemotherapy!

_
19. Rawatan ini bukan murah, ratus ribu jugak. Tak dapat dinafikan yang nanti mesti ada rawatan alternatif, tapi tetap perlukan duit!

_
21. So jagalah kesihatan dan sementara sihat, ambilla kad perubatan! Sihat itu mahal, sakit pun mahal.

_
22. Wanita lebih cenderung mengidap kanser berbanding lelaki, tapi life span lelaki lebih pendek berbanding wanita. Adil kan?

_
23. Last but not least, banyakkan membaca mengenai info info kesihatan. Sampai bila kita nak terpinga-pinga dengan istilah kanser, cell, kalsium dan sebagainya.

_
24. Aku tulis ni hanya sedikit maklumat saja pasal kanser. Nak tahu lebih lanjut dan lebih spesifik, berhubunglah dengan pengamal perubatan yang bertauliah.

_
25. Kalau nak baca maklumat dari internet, elakkan dari membaca di wikipebia dan blog! Carilah maklumat dari sumber yang shohih!

_
Semoga bermanfaat 

Comments

Popular posts from this blog

Hati-hati dengan sex scammer

Dunia tanpa sempadan, ada baeknyer dan ada buruknyer. Itu sudah tentu. Antara perkara negatifnya ialah sex scammer. Orang yang buat kerja ni akan buat video call dekat anda dan dia akan berbogel. Then segala rakaman anda akan dirakam tanpa anda sedari. Then, mereka akan ugut anda dengan minta duit atau mereka sebarkan rakaman tersebut dekat family atau rakan anda. Scarry tak? Gilaaaa kan? Meh aku bagi beberapa tips untuk elakkan perkara ini sekiranya anda mendapat blackmail dari mereka. Okey, here we gooo... 1. Jangan panik. Tarik nafas panjang-panjang dan fikir betul-betul. 2. Kalau scammer tu minta duit, jangan bayar. 3. Pastikan segala details scammer tersebut diambil untuk melindungi orang yang lain. Detail-detail tersebut, termasuklah nama skype, facebook url dan gambar-gambar mereka. 4. Laporkan profile scammer tersebut kepada pihak yang berautoriti. 5. Remove video yang mereka upload. Biasanya mereka akan upload video tersebut dalam youtube. Video ini bo...

Talasemia dan hikmahnya!

. Terbaca satu post dari seorang adik yang mengidap thalassemia, minta bantuan nak raya. . Jadi ramailah yang salah sangka. Mereka cakap, kenapa tak kerja cari duit sendiri. . Ya betul, nak duit kena kerjalah. Tapi adik nie mengidap thalassemia. . Thalassemia tu apa? . Okey, thalassemia ialah sejenis penyakit darah yang inherited dari parents. Cell darah merah mereka tak normal macam kita. . Cell darah merah biasa ada heamoglobin. Heamoglobin ini penting untuk transport oxygen. Tapi pesakit thalassemia kurang haemoglobin. Thus, transportation of oxygen kurang effisyen bagi pesakit thalessemia. . Mereka mudah letih bila bekerja dan kadang-kadang sampai pengsan bila letih sebab kurang oksigen.Thalassemia ada tiga jenis, alpha, betta dan minor. . So, setiap pesakit thalassemia ni tak sama keadaan mereka. Yang teruk sekali of course la alpha dengan betta. Minor thalassemia hanya pembawa. . Pesakit yang mengidap thalassemia paling banyak di Afrika dan Maditerr...

Semuanya ada di KK!

Nak peergi Kota Kinabalu! Nak beli mutiara! Nak makan lobster! Nak pergi Kundasang! Nak pergi Kota Kinabalu. Nak beli mutiara! Nak makan lobster! Nak pergi Kundansang! . Meh abam lanjer TIPS! 1. Waktu di sana, awal sejam. So, kalau book tiket, pandai-pandailah timing masa. 2. Naik flight, kalau turun di KK, cari hotel atau appartment dekat bandar KK. Bandar KK tu mudah ekses. Semua cukup. _ 3. Kalau datang sekawan, aku cadangkan stay dekat Marina Court. Satu appartment dalam RM 300 dan boleh masak lagi. _ 4. Perkataan 'Bah' tu ada banyak maksud dan tak semua ayat boleh letak 'Bha'. Senang-senang kau cakap KL ja di sana, mereka faham jugak. Takut, nanti tersalah cakap, kang tak dilayan. _ 5. Ramai orang semenanjung datang Sabah, eksited dengan seafoodnya. Aku nasihatkan makan seafood dekat dataran todak, baru ummmpphhhh. "Gua jamin, subuh baru cabut". _ 6. Bila order makanan, tiba-tiba dapat sekali dengan sup koso...