Skip to main content

Matrikulasi yang tidak dirindui


Siapa dapat C+ dalam BIOLOGI, kita GENG!
Jom masuk matrikulasi, kita pulun betul-betul.
Remember adik-adik sekalian,
Jangan putus asa. Andaikata anda layak ke program matrikulasi, manfaatkan program tu sepenuhnya.
_
Masa di program matrikulasi, saya tukar style belajar saya.
_
1. Masa kuliah, faham betul-betul. Kuliah di matrikulasi ada jam-jamnya, bukan macam di sekolah. Dah nama pun matrik, of course tak sama dengan sekolah.
_
2. Setiap jam masa berlalu, maka silibus pun berlalu dan tiada turn back. Jadi jangan expect kuliah minggu ketiga, lecturer nak ulangkaji kuliah minggu pertama. No way!
_
3. Habis kuliah, cuba buat soalan tutorial. Biasanya soalan tutorial diambil dari peperiksaan sebenar. Jadi, kalau anda dapat jawab, exam nanti tiada masalah.
_
4. Buat lab report masa dalam makmal. Dalam modul satu, ada Biologi, Fizik dan Kimia. Tiga subjek sains dan 3 report. Masak kalau bertangguh. Cuba buatlah sedikit semasa dalam makmal.
_
5. Lab report tulis tangan saja, bukan kena taip bagai. So, selama 3 jam, takkan tak boleh siap even sesuku dari lab report. Kan?
_
6. Lecturer tak kisah pun kalau anda rujuk wikipedia untuk tulis lab report, tapi bertaubatlah bila masuk universiti.
_
7. Nak rujuk nota kuliah pun boleh. Saya galakkan anda beli campbell untuk rujukan tambahan. Kalau kau baca campbell di matrik, kau dianggap DEWA tau.
_
8. Makmal memang banyak, seminggu 3 kali. Kesannya, anda terdedah kepada bahan kimia, radiasi dan sebagainya. Selain itu, diet makan pun tak seimbang kerana waktu yang agak padat. Jadi amalkan minum susu selalu. (Bukan iklan susu)
_
9. Susu kaya dengan protein, itu semua orang tahu, dan protein merupakan komponen penting dalam cell dan antibodi. Susu jugak boleh elakkan dari sembelit dan memudahkan untuk tidur.
_
10. Orang selalu stay up, tapi saya tak. Saya jenis tidur awal. Lepas isya saya minum susu dan terus terlelap. Kalau anda selesa stay up, stay up la. Buat ikut keselesaan masing-masing.
_
11. Saya tidur awal, mestilah bangun awal. Saya bangun tidur pada pukul 2.00 pagi. Time tulah mula study sampai subuh.
_
12. Masuk waktu subuh, solatlah berjemaah. Rugi sangat-sangat kalau dah bangun, tapi solat sorang-sorang. Apa lagi, kalau tak solat!
_
13. Settle sembahyang subuh, mulalah bersiap-siap untuk ke kelas. Kelas start pukul 8 pagi sampai 5 petang.
_
14. Ada hari, balik awal. Kadang-kadang lab cancel, jadi pergilah ke kubical, jumpa lecturer sampai pukul 5 petang.
_
15. Yang bestnya dalam matrik, ada ramai lecturer, anda boleh cari lecturer mana yang anda selesa. So, tak de isu "Lecturer matrik, tak ada". Kau yang malas mencari sebenarnya XD
_
16. Jagalah hati agar tidak mudah bercinta di matrikulasi. Sebab cinta tak sempat berputik pun, apatah lagi bertasbih. Masuk belajar 9 minggu, then midterm. Habis midterm, sambung lagi for another 9 minggu, then final. Habis satu semester. Sambung semester kedua. Singkat kan?
_
17. Jaga kesihatan dan keselamatan, kerana program matrikulasi anda boleh join sekali saja seumur hidup. Kalau anda masuk hospital, anda terpaksa jawab exam dalam hospital.
_
Alhamdullilah, saya tamatkan program tersebut dengan jayanya. Saya menyambung pelajaran di UMS dalam Bioteknologi dengan tajaan JPA.
.
Thank you kepada semua lecturer matrikulasi yang bertungkus lumus membioteknologikan saya. *tudia bahasa
.
Jasa kalian, tetap saya kenang. Moga Allah berkati kalian dan memudahkan urusan kalian dalam mendidik anak bangsa.
P/s: Firstly, penulis bukan nak riak. Cuma penulis nak sampaikan yang masih ada harapan untuk mereka yang berusaha. Secondly, penulis nak hilangkan streotype anak melayu tentang matrikulasi. Matrikulasi tidak payah. Student yang dapat C+ pun boleh dapat A.
Disclaimer;
Ini gambar penulis, bukan gambar google. Tak mainlah gebang-gebang, cilok gambar google XD

Comments

Popular posts from this blog

Hati-hati dengan sex scammer

Dunia tanpa sempadan, ada baeknyer dan ada buruknyer. Itu sudah tentu. Antara perkara negatifnya ialah sex scammer. Orang yang buat kerja ni akan buat video call dekat anda dan dia akan berbogel. Then segala rakaman anda akan dirakam tanpa anda sedari. Then, mereka akan ugut anda dengan minta duit atau mereka sebarkan rakaman tersebut dekat family atau rakan anda. Scarry tak? Gilaaaa kan? Meh aku bagi beberapa tips untuk elakkan perkara ini sekiranya anda mendapat blackmail dari mereka. Okey, here we gooo... 1. Jangan panik. Tarik nafas panjang-panjang dan fikir betul-betul. 2. Kalau scammer tu minta duit, jangan bayar. 3. Pastikan segala details scammer tersebut diambil untuk melindungi orang yang lain. Detail-detail tersebut, termasuklah nama skype, facebook url dan gambar-gambar mereka. 4. Laporkan profile scammer tersebut kepada pihak yang berautoriti. 5. Remove video yang mereka upload. Biasanya mereka akan upload video tersebut dalam youtube. Video ini bo...

Talasemia dan hikmahnya!

. Terbaca satu post dari seorang adik yang mengidap thalassemia, minta bantuan nak raya. . Jadi ramailah yang salah sangka. Mereka cakap, kenapa tak kerja cari duit sendiri. . Ya betul, nak duit kena kerjalah. Tapi adik nie mengidap thalassemia. . Thalassemia tu apa? . Okey, thalassemia ialah sejenis penyakit darah yang inherited dari parents. Cell darah merah mereka tak normal macam kita. . Cell darah merah biasa ada heamoglobin. Heamoglobin ini penting untuk transport oxygen. Tapi pesakit thalassemia kurang haemoglobin. Thus, transportation of oxygen kurang effisyen bagi pesakit thalessemia. . Mereka mudah letih bila bekerja dan kadang-kadang sampai pengsan bila letih sebab kurang oksigen.Thalassemia ada tiga jenis, alpha, betta dan minor. . So, setiap pesakit thalassemia ni tak sama keadaan mereka. Yang teruk sekali of course la alpha dengan betta. Minor thalassemia hanya pembawa. . Pesakit yang mengidap thalassemia paling banyak di Afrika dan Maditerr...

Semuanya ada di KK!

Nak peergi Kota Kinabalu! Nak beli mutiara! Nak makan lobster! Nak pergi Kundasang! Nak pergi Kota Kinabalu. Nak beli mutiara! Nak makan lobster! Nak pergi Kundansang! . Meh abam lanjer TIPS! 1. Waktu di sana, awal sejam. So, kalau book tiket, pandai-pandailah timing masa. 2. Naik flight, kalau turun di KK, cari hotel atau appartment dekat bandar KK. Bandar KK tu mudah ekses. Semua cukup. _ 3. Kalau datang sekawan, aku cadangkan stay dekat Marina Court. Satu appartment dalam RM 300 dan boleh masak lagi. _ 4. Perkataan 'Bah' tu ada banyak maksud dan tak semua ayat boleh letak 'Bha'. Senang-senang kau cakap KL ja di sana, mereka faham jugak. Takut, nanti tersalah cakap, kang tak dilayan. _ 5. Ramai orang semenanjung datang Sabah, eksited dengan seafoodnya. Aku nasihatkan makan seafood dekat dataran todak, baru ummmpphhhh. "Gua jamin, subuh baru cabut". _ 6. Bila order makanan, tiba-tiba dapat sekali dengan sup koso...